Wednesday, February 8, 2012

Kebetulan.

Asmekom! Hikhik. Lol! *tetiba gedik* Assalammualaikum! Hahaha. Sebenarnya aku dah berapa kali dah main tinggal-tinggal blog ni. Hahaha. Tapi aku pujuk balik blog ni bagi lembut sikit hati dia untuk terima aku ni balik. Yang selalu memakai buang dia. Allhamdulillah! Berjaya! Yeah! Hahaha.
Aku sendiri tak tahu macam mana nak mulakan cerita ni. Hurmmm... err... hurmm...masa tu.. eh... hurmm.. Macam mana nii?!! K relax. Tarik nafas. Lepas. Tarik nafas. Lepas. Tarik nafasss.. K jangan lepas-lepas. Hahahaha. jk.
Tengok dah dua perenggan tapi tak start-start lagi cerita. K start sekarang eh. Bismillahhirrahmanirrahim! Cuti sekolah yang lepas aku pegi KL. Pegi sana tak buat apa-apa pun. Jaln-jalan je. Pastu pergi Shah Alam. Blablabla. Masa tu baru hari Ahad kalau boleh nak balik hari Isnin. Tetiba je ayah ajak pergi Melaka. So, aku dengan muka 179 ringgit 32 sen setuju jer laa kan.
Sampai Melaka malam. Check in hotel. Pastu relax relax kejap. Pastu ayah ajak pergi makan. Makan Kenny Rogers Roaster tuu. Aku macam tak percaya an. *jakun kejap,al-maklumlah first time~* kehkehkeh. Aku pun order la Chicken Macaroni Cheese. Tak tahu? Google ada jawapannya! Air pulak aku order Yoghurt Manggo tk silap.
Lebih kurang 15 minit makanan pun sampai. Then,aku pun makan. Sumpah wehh! Sumpahh!! Tak sedap doh macaroni yang aku order tu. Rasa macam nak termuntah! ewww.. Welkk! :P Tapi aku makan jugak laakan sebab taknak kecewakan ayah aku. Penat je dia bayar mahal-mahal an. Air dia pulak memang super duper hyper delicious lah kan. Air tulah yang menyedapkan mulut aku ni bila makan macaroni tu. Hahaha. Sumpah lawak doh masa tu. Bil bayar semua tu aku tak amik tahu. Tapi nampak ayah keluarkan duit seratus lebih. Satu famili lah makan. Takkan lah aku makan dengan ayah aku je dah sampai seratus lebih! Giler! Pastu balik rumah. Then,tidur.

Zzzzz Zzzz Zzzzz

Esok paginya pulak hotel tu macam bagi breakfast free la kan. So, aku dengan famili aku pun pergi dalam pukul 9 pagi gitula. Aku makan nasi goreng dengan mee goreng. Amik sikit-sikitlaa tpi gabungkan dalam satu pinggan. Tak paham? K duduk diam. Istighfar banyak-banyak :) Makanan kat situ sedap! Hehehe. Tak macam malam semalam.
Korang nak tahu tak! Waiter kat hotel tu kan muka dia sebijik macam Nazmi Faiz Mansor!! Sumpah sebijik gilerr!! Colour kulit , rambut , dagu , muka semua sama! Cuma yang waiter ni macam tinggi sikit. Sekali pandang masa tu aku ingatkan dia Nazmi. Dua kali pandang dia pakai baju waiter. Konfem lah bukan kan. Tapi aku tengok memang ramai yg makan kat situ asyik tengok waiter tu je. Aku rasa diorang pun fikir apa yg aku fikir. Aku bagitahu famili aku je yang muka dia macam Nazmi tak la sampai tanya waiter tu 'Eh awak Nazmi Faiz Mansor eh? Muka samalah! :D' buang tebiat apa aku nak tanya macam tu. K dah makan dah kenyang dah sendawa aku balik bilik. Balik siap-siap la kan sebab nak check out.
Tapi sebelum balik Johor tu. Singgah mandi jap kat Melaka Wonderland atas permintaan adik-adikku. Lol. Ayat tak boleh blah. Best jugaklah sebab dah lama tak bermandi manda ni. Hahaha. Punya lah ramai orang kat situ. Grrr.. benci aku. Rimas! Sampai je terus tukar baju terus terjun. Hahahaha. Adik aku ajak!
Pastu ayah ajak pergi dekat Crazy River. Aku tak naik pun lah pelampung tu sebab aku lagi tinggi daripada paras air tu. So, aku beri peluang pada adik-adik aku yg pendek-pendek belaka tu naik atas pelampung tu. Yg aku ni pulak kene tolak! Kurang mengajar! Mengajar? Eh? Lol. Biar!
Tengah syok-syok jalan tu tetiba ada orang ni datang. Aku tengok baju dia ada tulis photographer. Pastu macam ada lambang Melaka Wonderland. Mula-mula dia tengok aku. Dia senyum dulu. Lepastu dia makin dekat. Dia cakap kat mak aku ' Kak nak amik gambar tak. Amik gambar dengan famili. blablabla' Dalam hati aku masatu macam kenal je ann budak ni. Pastu baru aku perasan yg itu Kebaaaa! Akbar Azman! Alaaa.. yg twitfamous tu! Sumpah hensem. Hahahaha. Pastu amik lah gambarkan buat kenang-kenangan. Hikhik!
Hati aku asyik fikirkan Keba je sebenarnya. Keba ke tu? Macam tak percaya. Aku duduk yg macam dekat pantai tu dia ada. Aku pergi dekat tempat budak-budak tu pun dia ada. Adoiii.. Tapi aku tengok dia ni macam cool je an. Hahahaha.
Then, bila dah kat sampai kat rumah tu terus on twitter, aku tanya Keba. Tengok gambar ni!





Kalau tak nampak zoom! :)

Dah sampai sini jela cerita aku. Aku pun dah penat taip. Korang pun penat membaca. K! Bye semuaa!! :) *ending macam apaa!*



p/s : Ye! Memang gambar tu tak boleh amik. !@#$%^&*(). Tapi aku gembira bila Keba balas mention aku. Hehehehe.